GENTAR..

Posted in Uncategorized on September 29, 2009 by gazamuslim

salam,

smalam 28.9.09 ana pergi aneka n msuklah dlm kdai buku hasani..belek2 sat buku agama..

tgok satu tajuk: Dajjal sudah muncul di Khurasan?

smmgnya: Dajjal akn muncul trlebih dahulu di Khurasanicon-ePractice

“Dajjal akan keluar dari negeri sebelah timur yang bernama Khurasan.”

(Riwayat Tirmizi dan Hakim)

wallahua’alam, kita xtau kesahihannya samaada sdh muncul atau belum..

ana baca la sikit2 trtulis kt kulit buku tu..

ada gmbr yg disyaki dajjal pkai baju wrna ‘oren’,rmbut kerinting..

ciri2 dajjal: rmbut krinting, gemuk n.. xingat sgt..

ditulis: dah ada ramai pengikut..mgkin brjuta2 KOT.. blh hidupkn org mati(tanda2 dajjal jgk), ada kuasa2 lain..

takpalah, lpas tu balik rmh..

esok pergi sklh smbang2 ckit ngan kwn psal dajjal ni, rasa takut camtu2 jelah..

tapi knapa malam ni ana rasa lain macam, hati tak sedap..

sewaktu nk solat isya’ brsama dgn mak n abg .. rasa takut btul dgn kdatangan dajjal..

takut terpengaruh.. ntahla takut sungguh!!..

memang skrg kita blh kata takkan trpengaruh punya tp kita tak tahu akn dtg..

sprti kata ustaz d sklh ana: “jgn trlalu yakin kita tidak akan terpengaruh dengan Dajjal, jadi banyak2 berdoa pohon pada Allah spaya kukuhkan pendirian dan keimanan kita..”

lagi2: fitnah yg trbesar adalah Dajjal..

tmbh2 lagi:

Asy-Syaikh Muhammad bin Shalih Al-‘Utsaimin rahimahullahu mengatakan: “Telah disebutkan, awal mula Dajjal keluar menyeru kepada Islam, mengaku sebagai muslim. Kemudian mengaku sebagai nabi, setelah itu mengaku sebagai ilah.” (Asy-Syarhul Mumti’ 3/268, lihat Qishshatu Dajjal wa Nuzul ‘Isa karya Asy-Syaikh Al-Albani rahimahullahu)

mana tak trpengaruh/trkeliru klu mula2 saja menyamar jdi pndakwah islam?????

sama berdoa pada Allah dijauhkan Dajjal, Ya’juj dan Ma’juj!!!

Advertisements

Bukak dulu http://ariffah9.blogspot.com ~bru wat kputusan..

Posted in Uncategorized on September 29, 2009 by gazamuslim

Sekian lama xupdate…

Posted in Uncategorized on September 27, 2009 by gazamuslim

Lia, jomlah pergi usrah
Lia, jomlah berdakwah
Lia, ummah semakin koyak
Lia, jomlah kita bangkit mengubah segalanya
Aku tidak mahu
Aku kena study

Markah semester lepas dah cukup teruk
Gara-gara dakwah, tarbiah dan program
Aku menyesal megikuti semua itu
Bosan!!
Dakwah bukan je plainly cerita rububiyah ketuhanan,tapi banyak lagi skopnya
Bukan ke islam tu syumul
Kalau nak berjaya, kena study

Waktu study, studylah
Esok kalau dah berjaya
Aku buatlah kerja dakwah tu
Kalau aku buat kerja dakwah, aku gagal dalam pelajaranku
Kan nanti aku menutup mata orang lain terhadap Islam

Lia, dakwah dan pelajaran bukan macam jongkang jongkit
Jongkang jongkit?
Apa kau merepek ni?

Ya, dakwah dan pelajaran BUKAN macam jongkang jongkit
Bila dakwah di atas, pelajaran di bawah
Bila pelajaran di atas, dakwah di bawah
Tu bukan dakwah namanya
Dan tu bukan belajar namanya

Habis tu?

Hmm, dakwah dan pelajaran kena berkadar terus.
Tak boleh inversely proportional

Apa maksud kau?

Orang yang melakukan kerja dakwah dengan ikhlas akan menemukan Allah dalam pelajarannya

Aku tidak faham…

Tak pe, aku terangkan
Macam gini, bila dah berdakwah tu
Rasa senang je nak study
Bila belajar tentang jantung misalnya
Boleh bayangkan betapa hebatnya Allah ciptakan jantung
Bila belajar tentang algebra, terasa kerdilnya diri
Bila belajar tentang Hukum Boyle, terasa akrab dengan Pencipta
Kenapa?
Sebab diri tahu bahawa hukum-hukum tersebut adalah hukum Allah
Ilmu-ilmu tersebut adalah milik Allah
Rasa senang hati nak terima ilmu
Kalau orang lain study 1 jam
Dia hanya perlu study 10 minit sahaja

Sebab apa?
Sebab ada keberkatan masa dalam studynya itu
Aku tak pernah rasa semua itu
Lain tu, selama ni kau nak cakap yang aku ikut program tarbiah dan dakwah tu tak ikhlas?
Tak, itu bukan maksud aku. Cuma kena checklah sikit hati tu. Waktu buat kerja dakwah tu, ada tak berlaku tarik tali dengan Allah

Apa maksud kau tarik tali dengan Allah?
Ok, aku berikan contoh
Misalnya waktu buat kerja dakwah tu,terdetik tak kat hati , banyak lagi yang tidak habis belajar. Terdetik tak kat hati, assignment banyak lagi. Itulah maksudnya tarik tali dengan Allah. Ada keraguan dalam hati. Seolah-olah tidak yakin dengan janji Allah

“Siapa yang menolong agama Allah, nescaya Allah akan menolongnya”

Kita melakukan jual beli dengan Allah, tapi kita tidak bayar lagi. Kita berdoa, tapi tak de kesungguhan dalam doa kita. Kita berdakwah, tapi hati kita tiada dengan Allah

Lia dah faham
Lia kena banyak muhasabah
Lia dah study dari tadi, tapi tak masuk-masuk
Lia tahu itu maksudnya peringatan dari Allah
Lia yang tahu hukum berdakwah tidak mengerjakan kerja tersebut

Lia, sahabatku,

Seorang ibu pernah mengatakan, aku ingin dakwah terlihat dalam setiap perbuatanku. Setiap kali aku bergaul dengan jiranku, aku ingin mereka merasakan kemanisan iman dan Islam. Setiap kali jiranku melihat kebahagian rumahtanggaku, aku ingin mereka merasakan keindahan Islam

Lia, itulah yang inginku kubentuk dalam diriku. Aku ingin setiap perbuatanku menjadi manifestasi dakwah itu sendiri. Pelajaranku, hubunganku dengan keluarga dan sahabat, segalanya adalah dakwah. Moga kita bersama dalam usaha merealisasikannya

Lia, aku ingin berkongsi dua kisah,pertama, mengenai kisah Assyahid Imam Hassan AlBanna dan kedua kisah sahabatku di Indonesia.Moga kedua-dua kisah ini dapat kita renungkan bersama.

Lia, kau pastinya arif mengenai Assyahid Imam Hassan AlBanna. Dakwahnya menyinari hati umat manusia di saat itu. Dia berdakwah sehingga ke kawasan perkampungan di gunung-gunung yang tinggi. Semua manusia mengenalinya. Tanyakan sahaja di jalanan di saat itu, kenalkah kamu dengan Assyahid Imam Hassan Al Banna, pasti semua mengenalinya kerana kerja kerasnya di dalam perjuangan dakwah . Lia, aku akui sememangnya untuk berjaya dalam pelajaran, kita kena berusaha. Itu Sunnatullah. Tapi Lia, kemenangan Islam takkan tertegak dengan kata-kata, dengan mimpi sahaja. Untuk memastikan kejayaan dakwah, kita juga kena berusaha. Itu juga adalah Sunnatullah. Kemenangan Islam memerlukan pengorbanan dari pengikutnya.

Lia, aku kongsikan pembacaanku dalam buku Detik-detik Hidupku karangan Assyahid Imam Hassan Al Banna:
Itulah rahsia kejayaan seorang Mukmin. Seorang sahabat di Indonesia pernah bercerita mengenai pelajarannya. Alhamdulillah, dia memperolehi yang terbaik.
Dia ingin mempertahankan prestasi terbaik untuk Allah, agama Allah. Di sudut lainnya, dia tidak suka mengejar dunia, bersaing untuk berasa hebat. Dia hanya ingin memberikan yang terbaik sebagai hamba Allah.

Dahulu dia bukan begitu. Dia pernah kecundang. Dia pernah bertanya kepada Allah – Ya Allah, kenapa engkau mentakdirkan prestasi yang baik buat temanku? Apakah temanku itu punya alasan yang kuat sehingga Engkau menolongnya. Aku mempunyai mimpi yang besar untuk menegakkan agamaMu melalui pergerakan dakwah. Maka aku mohon bahawa aku harus berjaya.

Lalu Allah memberitahu dirinya melalui suatu kisah sahabat yang dijamin masuk syurga, padahal seharian ibadahnya sama saja seperti sahabat yang lain. Dan ketika ditanya prinsip hidupnya, sahabat itu menjawab “Aku tak suka membanding-bandingkan apa yang Allah berikan kepada hamba-hambaNya. Aku yakin Allah Maha Baik dan menjamin kebaikan untukku dalam situasi sulit atau lapang.
Aku akan tetap redha kepada Allah dalam situasi apapun. Aku akan tetap bersaksi bahawa Allah adalah Robb yang Maha Esa, meskipun gunung-gunung harta itu milikku atau aku tak punya harta sedikit pun”.

Lia, saya teringat email yang pernah saya terima dari seorang kawan. Tulisannya benar-benar terkesan di hati saya. Dia bercerita tentang seorang wanita yang terkena penyakit disebabkan poliovirus semenjak kecil. Kisah ini kisah benar. Saya namakan wanita ini A. A memerlukan tongkat untuk berjalan. A tidak berapa cantik, tidak slim dan tidak tinggi. Satu sahaja keinginan A. A ingin sesiapa sahaja yang melihatnya mengucapkan Subhanallah.

Keinginan A tercapai. Bila A belajar di sekolah menengah dan berjaya, manusia yang ditemuinya mengucapkan Subahanallah. Bila A berjaya masuk ke universiti, sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah. Bila A menyudahkan pelajarannya, sekali lagi manusia mengucapkan Subhanallah. Dan sekali lagi orang ramai mengucapkan
Subhanallah apabila A mengahwini seorang lelaki yang kacak dan beriman.
Orang ramai tertanya-tanya, apa yang mampu A berikan kepada suaminya. Takdir Allah menentukan yang sebaiknya. Allah mengurniakan A dan suaminya 3 orang anak yang comel dan sempurna. Sekali lagi orang ramai mengucapkan Subhanallah.

Dengan kecacatanya, A masih mampu membuat manusia mengingati Allah. Sejarah menunjukkan kita bahawa rupa paras bukan persoalan utama. Ingat lagi tentang Abdullah bin Ummi Makhtum. Dia sahabat nabi yang buta. Dia mahu membawapanji bendera Islam. Katanya, buta menyebabkan dia tidak takut kerana dia tidak akan dapat melihat bilangan musuh. Akhirnya dia syahid. Mereka yang menemui mayatnya tidak dapat mengecamnya kerana terlalu banyak luka parah yang dialaminya. Subhanallah.

Pasti Lia ingat lagi Assyahid Sheikh Ahmad Yassin. Dia cacat. Duduk di atas kerusi roda. Tapi apa yang telah dia lakukan? HAMAS berdiri dengan izzah. Musuh menggeruninya.

Lia, kita sempurna. Ayuh lakukan sesuatu untuk Islam.

Ayuh berada dalam saf perjuangan.

Mcm org tua tak? Hehe.. Anak Saudara…

Posted in Uncategorized on September 27, 2009 by gazamuslim

mcm org tuaAisha Illiyyin dan ibunya…

KEMATIAN ITU SUATU YG PASTI

Posted in Uncategorized on September 20, 2009 by gazamuslim

salam smua, hari ini 1 Syawal tp ianya bknlah ssuatu yg trlalu trlalu menyeronokkan bgi ana.. kerana.. kawan senior ana tlh sms sutu brita yg amt menyedihkn ana skaligus mmbunuh prasaan … ayah kawan juniorku tlh meninggal.Innalillah hi wainna Ilaihi Raji’un… ingin skali ana hndk mnziarahi rmhnya tp mak ana bgitu sibuk.. ana xmau ganggu dgn prmintaan ana yg xsbrapa..tp yg pastinya ana dh mklumkan kematian ini pd mak ana.. kwn juniorku yg hnya muda satu thun dgnku itu agak rapat dgnku dulu swak2 satu skolah.. ayahnya mninggal pd hri selasa & esoknya sklh dia ada program jom blik raya… sygnya,,mlgnya, ana bru tahu pd hari ahad ini.. sbgi kwn ana mmg teruk krna bru tahu lambat dan tahu dr org lain.. knp ana tak trdetik ingin menelefonnya dan brtanya khabar? al-fatihah utk ayahnya..

diambil dr ukhwah maahad.com …

Posted in Uncategorized on September 18, 2009 by gazamuslim

Kalau anda pikir anda masih islam
bacalah…kalau
tidak……Allah saja yang tahu…
Message: Tolonglah ambil masa 2 minit untuk
membaca
ini….
kalau lebih dua
minit
tu bukan membaca la tu..tapi mengeja… 😉

Dengan Nama ALLAH yg Maha Pemurah lagi
Maha
Pengasih…

Bayangkan benda ini berlaku pada anda….. Suatu
hari pada masa
Sembahyang jumaat yang di hadiri oleh lebih
kurang
1,000 jemaah…
tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi
seluruh tubuhnyer dgn
pakaian hitam.. tak nampak apa cuma dua biji
mata and
membawa mesin
gun… lalu salah seorang lelaki tu bertempik ”
“Sesiapa yang sanggup
MATI
kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu”
Selepas
mendengar amaran
lelaki
itu maka segeralah bertempiaran lari para
jemaah
itu
utk
menyelamatkan
diri…. daripada jumlah yang 1,000 tadi tu hanya
tinggal lebih
kurang
20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat
masing-masing termasuk
Pak
Iman tu… Lelaki yang bertempik tadi segera
membuka
tutup mukanya
lalu
melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: “Ok
Pak
Iman, saya dah
halau
SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak
Iman
mulakan sembahyang
Jumaat”…. Lalu kedua lelaki tersebut berpaling
dan
meninggalkan
jemaah…. Macammana.. adakah anda rasa lawak
dgn
cerita di atas.
selain
terhibur anda fikirlahlah. ..

” Lawak kan , dari 1,000 org yg mengaku dia
Islam hanya
20 yg
betul-betul
beriman… ”

” Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah
lupakan
ALLAH bila
menghadapi bahaya… kedua lelaki hanya
membawa
mesin-gun.. dia tak
kata
pun
nak bunuh.. tapi generasi skrang.. amat lemah..
baru
kena ugut
terus
lari
lintang pukang.. lupa yg dia tak sembahyang
jumaat
lagi…”

“Lawak, ada juga yang agamanya cuma
seminggu sahaja..
tu pun bila time
sembahyang jumaat… tunjuk muka kat org
kampung.. ada
tu lagi dashyat
setahun 2 kali aje.. bile time sembahyang raya…”

“Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip
dan apa
yang di tulis
oleh surat khabar daripada apa yang tercatit
dIdalam
al Quran”

“Lawak kan , berapa ramai yg percaya dunia
hanya
sementara, akhirat
adalah
tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba
mengejar dunia”

“Lawak, kita boleh bersembang dgn boyfriend
atau
girlfriend
berejam-rejam
tapi nak berdoa kepada ALLAh alahai.. tak cukup
masa..

Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak
thread atau email
yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua
tempat
tapi merasa berat
nak berkongsi dan nak hantar artikel2
yang
berunsur
agama

Lawak kan ???/ Kenapa gelak/ tu kan realiti.. tapi
yg
paling lawak
sekali.. berapa orang yang lepas baca benda ni
akan
sampaikan kat
orang
lain… berapa orang yang akan buka email ni
untuk
luangkan masa
membaca? berapa banyak????
wallahuaallam

PASANG-SURUT

Posted in Uncategorized on September 18, 2009 by gazamuslim

Imansalam, sekian lama xupdate dgn post yg dtg dr hati nurani sendiri.. sgt sukar bkn kita hndk menjaga iman kita? kdgkala trtewas/trleka skjap..  kmudian, bgun balik.. dn jtuh plk.. smoga ‘k’imanan kita kekal dn trus mningkat.. kdg2 bgi sesetengah org prlu ada pndorong nya brulah blh mnjadi kuat/brtahan..bknlkah bgitu? sstengah org saja, ana xkata smua.. dn ana xmau lama2 d blog ini, krana masa mkn mlm sdh tiba.. lewat smpi meja mkn nnti kna marah plk.. arr.. ok, wslm! jumpa lagi di artikel kmudian..